Thank You Followers

June 3, 2011

Salam Rejab, Bulan Rejab

Salam Jumaat semua. Today I'm doing nothing kat office. Abah pun tak masuk office harini. Ada hal katanya. So bosanbosan isi lah masa lapang baca surat khabar dan belekbelek laptop. Tengah belekbelek, tetiba tertarik dengan satu article ni tentang keistimewaan Bulan Rejab. Kat sini yaya cuba selitkan sedikit sebanyak apa kelebihan serta keistimewaan yang terdapat dalam Bulan Rejab yang mulia ini. Dalam article itu berkata, Bulan Rejab adalah satu bulan yang mulia dan banyak manfaatnya dan kelebihannya. Rejab dalam bahasa Arab beerti "agung". 


Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud, sesiapa yang berpuasa sebulan pada bulan Rejab, maka Allah SWT telah menyeru kepadanya "telah wajib hak ke atasKu, mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian serta kebesaranKu, tidak akan aku tolak hajatmu. Engkau adalah jiranKu daripada semua makhlukKu. Engkau mulia disisiKu. Berbahagialah kamu, tiada hijab di antara aku dan engkau". 

Seterusnya, sesungguhnya mengerjakan puasa di dalam bulan Rejab ini tidak kira sehari, dua hari, atau hingga ke sebulan terlalu banyak keistimewaannya. Berikut senaraikan beberapa keistimewaan mengikut hari yang kita berpuasa :

1) 27 Rejab : diberi pahala seperti puasa enam puluh bulan. Jika disertai dengan ibadat bersedekah,diberi pahala berpuasa seribu tahun.

2) 1 hari Rejab : diberi pahala seperti berpuasa 40 tahun dan diberi minum air syurga serta diberi pahala seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya.

3) 2 hari Rejab : akan digandakan pahala ibadatnya.

4) 3 hari Rejab : akan dibina benteng yang akan menghalang ke neraka pada hari Kiamat.

5) 4 hari Rejab : akan dijauhi bala bencana dan penyakit yang berat serta fitnah dajjal pada hari Kiamat.

6) 5 hari Rejab : akan diamankan daripada azab kubur.

7) 6 hari Rejab : akan dikeluarkan dari kubur pada hari Kiamat dengan muka yang bercahaya.

Begitulah serba sedikit keistimewaan bulan Rejab seandainya kita berpuasa, semoga dengan paparan tersebut membuatkan hati kita lebih dekat kepada Allah Taala. Firman Allah Taala di dalam Al-Quran yang bermaksud: Kamu adalah sebaik2 ummah diturunkan kepada manusia, kamu menyeru melakukan kebaikan, kamu melarang melakukan kejahatan, kamu beriman kepada Allah. 
Semoga kita dikurniakan kesedaran, kesihatan, semangat dan himmah yang tinggi dalam naungan taufik untuk menunaikan hak setiap hari yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada kita. Semoga bulan Rejab, Syaaban dan Ramadan kita tahun kita lebih baik daripada tahun sebelumnya. Sumber : Utusan

**

**

**

**

**

** 

Not to forget , harini birthday mak saya yang jelita. So that, simple wish

I want to wish 
HAPPY BIRTHDAY GORGEOUS MOM! 
Yes, I love you more than you know. 
♥ 


4 comments:

wanie said...

dah masuk rejab lepas tu sya'ban dan puasa...pasty syawal..hoyee..hehehe

NH said...

kaaan, pas puasa raya. lagi hooo yeaah. hehe :)

Rosmarieza said...

salam rejab nad~:)

Anonymous said...

is your dad doing business? what business is that? ohh may you be a great worker! :) love yaa